1. Hutan Bandar Putra, Kulai.

*gambar diperoleh daripada Google
Pagi pagi dekat sini, korang boleh jalan jalan ambil gambar, atau boleh sewa basikal untuk melihat pemandangan dekat sekitar Hutan Bandar Putra, Kulai. Selain tu, boleh bawa roti atau makanan ikan sebab dekat situ nanti korang boleh bagi ikan-ikan makan dan kadang-kadang korang boleh main belon air kat situ. Yang suka merempit dekat jalan, korang boleh merempit dekat hutan dengan menggunakan ATV. Nanti korang boleh cari ATV PARK Hutan Bandar Putra dekat situ.
2. Mendaki Gunung Pulai, Pontian, Johor
Buat sesiapa yang bosan berjogging, kalian boleh mendaki Gunung Pulai yang terletak di Pontian, Johor.
Sedikit info Gunung Pulai, Pontian, Johor:
"GUNUNG PULAI setinggi 2147 kaki atau <>700 meter ini terletak dalam Daerah Pontian, Johor. Gunung Pulai merupakan satu-satu gunung yang tiada trek hutan untuk ke puncak. Di puncak gunung terdapat Menara Pemancar Telekomunikasi, jadi sebatang jalan bertar dibina untuk ke puncak gunung. Oleh itu untuk mendaki Gunung Pulai hanya perlu mengikut jalan yang disediakan itu dan tidak perlu bersusah payah menebas semak samun. Untuk ke Gunung Pulai, pendaki perlu memandu keluar Lebuhraya Plus arah ke Kulai, kemudian masuk ke jalan Pontian atau Pekan Nenas sehingga jumpa Kampung Seri Gunung Pulai. Itulah jalan masuk ke Gunung Pulai, ikut terus jalan tersebut hingga tiba ke kawasan Perkelahan Air Terjun Gunung Pulai.
Di sini terdapat 4 tingkat air terjun dan yang paling tinggi tingkat ke-3, setinggi lebih 150 kaki. Untuk ke puncak gunung, pendaki boleh meletakkan kenderaan di tempat meletak kereta air terjun. Dari sini pendaki boleh mendaki melalui jalan tar ke puncak sejauh 5 km yang mengambil masa antara 1 setengah jam hingga 2 jam. Anda akan sampai di satu kawasan viewpoint pada aras 1800 kaki.Dari situ jika cuaca baik anda akan dapat melihat Selat Melaka dan Pulau Pisang berhampiran Bandar Pontian Kecil. Puncak sebenar Gunung Pulai terdapat Menara Stesen Telekomunikasi yang dikawal oleh tentera, pendaki tidak dibenarkan masuk. Dari puncak tertinggi pendaki boleh melihat Bandar Kulai dengan jelas pada arah Timur."
*Akan diupdate dari semasa ke semasa

No comments:
Post a Comment